Diari Kehidupan
Coretan Bicara, Bingkisan Pengalaman
Wednesday, July 14, 2010
Gulai Tempoyak Ikan
Bahan-bahan:
2 ekor ikan (sedap gune ikan keli/patin)
3 sudu besar tempoyak mentah
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
1 ulas bawang merah
1 batang serai
Garam
Gula
Air
Serbuk kunyit
Cara-cara:
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang merah dengan menggunakan batu lesung.
2. Dah lumat, tumbuk pula sebatang serai. Tumbuk jangan sampai lumat.
3. Masukkan tempoyak di dalam batu lesung tersebut. Masukkan air dan kacau supaya tempoyak tidak berketul-ketul.
3. Masukkan campuran tersebut ke dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit. Sekiranya nak kuah tempoyak tu pekat, tambah tempoyak lagi atau kurangkan air. Masakkan sehingga mendidih.
4. Masukkan garam dan gula. Biar lebihkan gula sebab tempoyak yang masam tadi, bile disatukan dengan gula akan jadi lebih ummppphhh..
5. Masukkan ikan. Renihkan sehingga ikan masak.
6. Dah selesai. Selamat menjamu selera..
Tuesday, July 13, 2010
Mee Goreng Ala Ummi
Gambar di atas adalah Mee Goreng Sanggul... Same je resepi yer..
Bahan-Bahan:
Sebungkus mee (basuh dulu ngan air paip dan toskan)
3 sudu besar Cili giling (kalu nk pedas, tambah lagi ye)
2 ulas bawang merah (hiris nipis2)
1 ulas bawang putih (hiris nipis2)
Sayur sawi (potong2kan, asingkan antara daun dengan batang)
Udang
Ayam (potong kecik2)
1 biji telur
Taugeh
Sos Cili
Kicap Manis
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Fish Cake (telah digoreng)
Fish Ball (telah digoreng)
Cara-cara:
1. Masukkan minyak dalam kuali. Biarkan kuali panas sekejap. Cara nak tau kuali dah ready ialah dengan cara percikkan sedikit air dalam kuali tu. Kalau ade bunyi, ziiisss tu, maknanya dah minyak dah ready le...
2. Masukkan ayam. Goreng sehingga masak kekuningan. Ketepikan.
3. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali tadi.. Tumiskan sehingga kekuningan dan naik bau.
4. Kemudian masukkan udang. Biarkan seketika. Masukkan cili giling. Tumiskan sehingga cili tu nampak garing or naik minyak. Masukkan ayam. Kacau.
5. Masukkan gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.
6. Masukkan batang sawi. Masak sehingga batang sawi tu lembut. Masukkan telur. Kacau.
7. Masukkan mee. Gaulkan serata. Masukkan air.. Saya suka buat mee goreng basah. Jadi, memang lebihkan air.. Gaul lagi..
8. Masukkan sayur sawi, taugeh, fish cake, fish ball. Gaul rata.
9. Bubuhkan sos cili dan kicap. Kuantitinya tak reti nk beritau sbb saya main bubuh je.. Ikut citarasa...
10. Kacau sekejap. Dah siap.. Leh angkat dan selamat menjamu selera..
Thursday, July 8, 2010
Sambungan: Shopping Raya....
Sogo Sales!!!!!! Kali ini sales khas untuk baju kanak-kanak dan bayi sehingga 11 Julai 2010... Kakiku melangkah laju menuju ke Sogo tengahari tadi dengan hasrat mencari baju gaun raya untuk Auni Nurdamiya.. Alhamdulillah tidaklah ramai sangat orang di centre court tu.. Senang dan mudah bagi aku untuk membuat pilihan.. Jualannya amat mengkagumkan sehingga 70% diskaun. Kalu pergi hari Jumaat, sure ramai orang.. Almaklumlah rehatnya lebih panjang... So, inilah hasil tangkapan tengahari tadi...
Gaun ni harga asal, RM 57.90.
Selepas diskaun, RM28.95 (Brand Kiko)
Gaun Luar-Harga Asal, RM49.90
Selepas diskaun, RM 24.95
T-Shirt Hitam - Harga Asal, 33.90
Selepas Diskaun, RM16.95.. (Brand Kiko)
Berasa sangat untung dapat mencari baju yang berkualiti dengan harga yang murah!!
Friday, June 25, 2010
Shopping awal untuk Raya Aidilfitri?
Mengikut kalendar tahun 2010, Hari Raya Aidilfitri akan menjelma pada bulan September 2010. Oleh itu, aku telah membuat beberapa persiapan hari raya untuk keluargaku. Adakah ianya terlalu awal? Ada teman pejabatku menegur.. "Dekat raya nanti, ada bazar kat Jalan TAR tu, banyak jualan yang akan buat ko rambang mata.. Konon dah beli sekarang, tp bila nampak yang lain, akan beli gak...". InsyaAllah akan kukuatkan semangat dan nafsuku dari membeli lagi. Kalau nak cari pun, baju yang lain la... Lagipun kesian tengok si kecilku memakai baju kurung.. Almaklumlah, baju kurung ni labuh. Auni pulak dengan aktif dan lasak, takut dia akan mudah terjatuh sekiranya asyik berlari ke sana ke mari.. Namun kupuas hati sesangat kerana lain yang dicari, lain pulak yang dapat. Asal tujuan keluar pada tengahari tadi, hanyalah untuk mencari kain cotton pasang untuk dibuat baju kurung. Tetapi, yang ketemu ialah baju kurung kain cotton yang hanya berharga RM25 sepasang.. Alangkah bertuahnya aku......
Wednesday, June 23, 2010
Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Membawa Bencana
1Malaysia tahu peribahasa ini! Namun, ramaikah yang benar-benar memahami dan senantiasa menjaga tutur kata dan bahasa supaya tidak menyakitkan orang lain. Dewasa ini melalui pelbagai cabang medium, keterbatasan melahirkan pendapat dan pandangan telah membuka ruang yang besar kepada setiap manusia yang dahagakan kebebasan bersuara. Arus pemodenan yang melanda telah menghanyutkan manusia ke satu lembah yang menegakkan kebenaran sendiri tanpa menghiraukan peradaban sopan-santun yang wujud sejak azali lagi. Di manakah pegangan agama yang menunjangi diri selama ini? Di manakah nilai-nilai murni yang telah diasuh oleh kedua ibu bapa dan guru di sekolah? Adakah kerana kejayaan dan kedudukan kerjaya yang baik telah menghapus nilai-nilai tersebut? Benarlah bagai dikata, "Melayu mudah lupa", lupa pada tatasusila dan adab sopan setelah memperoleh kejayaan.. Kenapa perlu bersifat takbur dan bangga diri? Seharusnya semakin banyak ilmu dan kejayaan diperolehi, semakin bersikap tawaduk dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Umpama "resmi padi semakin berisi semakin menunduk ke bumi..."
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
Riwayat Muslim
Hadis di atas jelas menyatakan bahawa kita tidak seharusnya melampaui batas terhadap orang lain sama ada melalui perbuatan, tindakan, kata-kata dan sebagainya. Dengan teknologi yang ada, manusia mudah terdedah dengan ketaksuban kononnya untuk meluahkan pandangan dan suara kebebasan. Friendster, Facebook, Twitter, Myspace, Yahoo Messager, Blog dan pelbagai adalah medium perantaraan yang telah membuka peluang kepada manusia untuk menyakitkan hati orang lain dan melampaui batas terhadap orang lain sekiranya adab sopan santun tidak dijaga dengan sempurna.
Sebagai kesimpulannya, sebagai manusia yang dianugerahi akal fikiran, marilah kita bersama-sama menjaga adab tatasusila supaya kita mampu menjadi bangsa yang bermaruah tinggi.
Keluarga Bahagia
Impian semua wanita yang bergelar seorang isteri. Namun, mampukah kita mendapatkannya. Dalam arus moden yang mana kebanyakan wanita bekerja, dapatlah dirumuskan bahawa tanggungjawab di dalam menguruskan rumah tangga seharusnya dikongsi bersama.
Acapkali pesanan orang tua-tua menasihati bahawa apabila kita berkahwin dengan seorang lelaki atau perempuan, kita sebenarnya telah berkahwin sekali dengan seluruh keluarganya. Ada benarnya!! Berdasarkan sekelumit pengalaman yang ada, dapat dirumuskan bahawa fakta tersebut mampu mengubah persepsi anda yang telah dibina sebelum berkahwin! Sebelum berkahwin, kita menjangkakan bahawa kehidupan suami isteri adalah percantuman antara dua insan yang berbeza. Namun, setelah berkahwin, rupa-rupanya penggabungan antara segerombolan manusia yang sangat-sangat berbeza. Adunan ini sekiranya tidak diuli dengan sebaiknya mampu memporak-perandakan ikatan yang dibina. Adalah penting mencapai kesefahaman bersama agar dapat menjamin keutuhan yang ingin dikecapi bersama. Faktor penerimaan antara aspek utama yang perlu dititikberatkan. Terimalah pasangan anda sebaiknya... Kekurangan dan kelemahan pasangan yang ada harus ditutupi dengan kelebihan yang kita ada. "Setiap manusia yang berpasang-pasangan adalah saling melengkapi antara satu sama lain". Sekiranya kekurangannya adalah tidak tahu mengemas, seharusnya sebagai pasangan, kita menjadi pandai mengemas, sama-sama membantu.. Tak lokek tenaga yang ada untuk membantu pasangan di dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai suami atau isteri. Namun, kerana ego yang ada dan perasaan yang tinggi mengatakan akulah raja di dalam rumah tangga, maka makian dan herdikan yang menjadi santapan halwa telinga sang isteri sekiranya tidak sempurna di mata sang raja. Tidak cukup dengan itu, tenaga yang sepatutnya digunakan untuk membantu sang isteri, dipertaruhkan di badan yang lembut dan gebu itu. Di manakah akal fikiran tatkala dihinggapi Syaitan di dalam hati?
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 12).
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis Riwayat al-Bukhari no: 4890)
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis Riwayat al-Bukhari no: 4890)
Sunday, January 17, 2010
Hikayat Sang Pujangga
Agak lama saya menyepikan diri daripada dunia berblogging ni. Dengan kesibukan sebagai wanita berkerjaya, seorang isteri dan seorang ibu memustahilkan diri ini untuk menitip coretan di dalam diari ini. Cuma setelah pulang dari kampung halaman telah menyedarkan sesuatu perlu dilakukan sementelahan menerima perkhabaran yang melegakan diri yang mungkin dapat dikongsi bersama.
Minggu lalu adalah minggu yang mencabar bagi permulaan tahun 2010. Sudahlah punch card asyik merah je, dah 3 kali masuk hari ini, gara-gara jalan jammed. Dengan kesihatan diri yang dilanda demam dan batuk sehingga anakku, Auni Nurdamiya dan suamiku turut terkena penangan tersebut yang menyebabkan aku terpaksa mengambil cuti kecemasan. Memang rekod aku bulan ni amat teruk... dengan cuti sakit, cuti kecemasan, datang lewat.. pakej lengkap untuk menjadi pekerja contoh!!
Namun disebalik itu semua, ada jua sinar bahagia yang menerangi hidup aku... Tanggal 12 Januari 2010 adalah ulang tahun kedua perkahwinan aku dengan sang suami... Dalam keadaan kurang sihat sampai tak lalu makan... Hanya leh telan bubur dan sup sahaja.... Aku gagahi untuk membuat kek coklat kegemaran sang suami dan Auni. Itupun dibuat 3 hari sebelum our anniversary... Sambutan hanya dibuat secara kecil2an dengan membeli Pizza Domino dan kek yang telah aku sediakan. Walaupun kecil dan sederhana, ianya cukup membahagiakan aku... Tiada kerdipan candle light kerna terlupa nak beli lilin dan lighter... hehehehe... Mungkin aku bukan jenis wanita yang romantik. Dapat pulak suami yang juga kurang romantik.. Maka, sambutan tersebut amatlah sederhana, simple tapi bagi aku meriah membahagiakan. Alhamdulillah, apa yang penting, kami suami isteri bahagia dengan keadaan yang serba sederhana sekarang ini dan aku doakan agar kebahagiaan rumah tanggaku ni akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Aminnn...
Perkenalan aku dengan suami dipertemukan oleh satu sistem jaringan kenalan yang agak famous satu ketika dulu iaitu Friendster. Sapaan awal adalah bermula daripada sang suami melalui message yang menyatakan hasrat untuk berkenalan. Ku sahut lantaran melihat profilenya yang bekerja di TMNET. Dalam hati aku, "leh dapat kabel ni untuk apply keje".. Niat jahat sebenarnya... huhuhu.. Ini kerana pada waktu itu, aku sedang rancak mencari pekerjaan setelah tamat pengajian di UPM. Kuberikan resume lengkapku utk permohonan kerja di TMNET. Agak lama jua, kami berbicara melalui FS dan YM sehinggalah pada satu hari, sang suami memberanikan diri menelefon aku. Bermulalah episod kedua hubungan tanpa bersua muka.. Melalui perkenalan di dalam talian telefon, aku dapat gambarkan bahawa sang suamiku seorang yang jujur dan boleh dipercayai. Dari telefon, kami memanjangkan lagi silaturahhim dengan perjumpaan bersua muka. Tupun selepas 3 bulan kot, ingat2 lupe sebenarnya...
Perjumpaan pertama berlangsung seawal jam 8 pagi... Sang suami menjemputku di rumah sewa sahabatku di Setiawangsa sebab waktu tu aku ade interview kerja di KL. Sebelum bersua muka, perasaanku sangat gementar dan gemuruh... Aku tak tahu mengapa aku berkelakuan begitu. Selepas bersarapan, sang suami mengusulkan pergi ke rumah abangnya di Ampang untuk menjemput anak saudaranya bagi menemani aku. Bermacam-macam telahan yang kuduga dengan cadangannya, adakah benar dia ikhlas mencari peneman bagi aku; mengikut cara islamik yang seorang gadis tidak elok berdua2an dengan lelaki yang bukan muhrimnya atau disebaliknya. Kukhabarkan berita kepada sahabatku untuk ke rumah abang sang suami. Respon yang diterima amat menakutkan aku, kerana sahabatku marah dan suruh aku balik ke rumah dengan segera. Aku sedar bahawa beliau berasa khuatir dengan keselamatan aku. Namun, ku katakan aku akan pergi jua untuk melihat tindakan sang suami dan aku akan menelefon sahabatku setelah tiba di Ampang. Benar bagai disangka, bahawa memang dia mempelawa dua orang anak saudaranya, seorang gadis berumur 15 tahun dan seorang kanak2 lelaki berumur 8 tahun (pada ketika itu) untuk menemankan aku. Kami kemudian menuju ke Ampang Point untuk bermain bowling. Di sini, aku telah memberi kredit penuh untuk sang suami kerna tindakannya membawa 2 orang peneman untuk aku. Aku tak tahu tindakannya sememangnya berlandaskan agama ataupun dia juga sebenarnya gementar dan gemuruh sebagaimana aku setelah pertama kali bersua muka.
Kenangan Semasa PreHoneymoon di Cameron Highlands
Namun satu perkara yang menyebabkan aku terpikat kepada beliau ialah keprihatinan dan ketaatannya kepada Allah s.w.t. Aku yang dahagakan seorang lelaki yang beriman berasa terharu apabila sang suami mengajak aku untuk solat Zohor di rumah abangnya. Selain itu, dalam perjalanan menghantarku pulang ke Setiawangsa, sang suami telah mengajak Solat Asar di stesen pam petrol.. Sesungguhnya di saat itu, aku berasakan bahawa telah menjumpai seorang lelaki yang boleh dijadikan seorang suami. Ini kerana aku sedar bahawa aku sendiri bukan seorang muslimah yang sejati. Aku perlukan seorang pembimbing dan pemimpin yang dapat membawa aku ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Setelah melakukan Solat Isthikarah dalam seminggu, aku telah menemui jawapan. Walaupun jawapannya bukan di dalam mimpi, namun dengan pelbagai kejadian yang menimpa dan rasa hati yang semakin kuat kepada sang suami, maka aku telah nekad membuat keputusan yang membuatkan satu pihak merana dan mungkin menaruh dendam pada aku...
Nak tahu, ikuti kisah selanjutnya di masa akan datang....
Subscribe to:
Posts (Atom)

