Diari Kehidupan

Coretan Bicara, Bingkisan Pengalaman

Tuesday, December 22, 2009

Asma @ Lelah @ Semput

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.

Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.
 

Apakah penyakit Asma?



Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.


Saluran pernafasan yang normal kelihatan seperti ini.


Saluran pernafasan pasakit asma.



Faktor Penyebab?


Bulu binatang
Debu atau habuk
Perubahan cuaca
Senaman
Merokok dan asap rokok
Debunga
Jangkitan saluran pernafasan
Makanan / Buah-buahan tertentu
Tekanan perasaan
Ubat tertentu


GEJALA - GEJALA PENYAKIT ASMA

Batuk ( terutama di waktu malam atau semasa cuaca sejuk )
Susah bernafas ( sesak nafas )
Nafas berbunyi ( wheezing )
Rasa ketegangan di dada

Sunday, November 22, 2009

Mari Jenguk Ke Dapur

Cup Cakes!!!! Yummy and delicious.... Saya juga turut menjadi gila dengan cup cakes @ kek comel.... Hasrat untuk mengembalikan kerajinan membuat kek telah menjadi berkobar gara-gara sokongan rakan sekerja yang sering memberitahu mengenai buku-buku or apa-apa yang berkaitan dengan cc ni....
Arakian, ulang tahun suami tersayang akan berlangsung dalam bulan November ni menguatkan lagi kerajinan yang telah luput seketika. Biarpun tidak menjadi satu kejutan buat sang suami kerana pergi ke kedai peralatan membuat kek di Bandar Baru Bangi bersama-sama, namun, satu perasaan keterujaan menjelma tatkala kaki melangkah masuk ke kedai tersebut... Kesemua barang yang diingini boleh diperolehi dengan mudah..... Banyak pilihan sangat.. Sehingga barang yang tiada dalam senarai yang dibuat telah dibeli bersama.. Nasib baik waffle maker tak dirembat kerna kekangan ongkos yang ada... Gaji tak masuk lagi weii..... Alhamdulillah, semua barang yang diperlukan telah diperolehi.

Wednesday, April 22, 2009

Salam Ukhwah

Salam pembuka bicara..
Sudah berulangkali saya ingin membuka blog peribadi bagi mencoretkan nukilan hati. Namun, dengan keadaan sekarang, senantiasa sibuk dengan kerjaya yang semakin mencabar kemampuan diri dan kesibukan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ummi, mengehadkan peluang diri untuk bersama-sama untuk merasai 'taufan kegilaan' untuk membuka hamparan blog sendiri. Selama ini, saya hanya melayari blog2 orang lain bagi tujuan mencari produk2 bayi dan selebihnya untuk berkongsi info dan maklumat yang amat berguna untuk dipraktiskan dalam kehidupan seharian. Kini, dengan masa yang ada, memandangkan kerja2 di pejabat telah pun selesai hanya menunggu untuk dibawa ke meja perbincangan bersama pihak yang lain, telah membuka peluang kepada saya untuk menghasilkan blog sendiri. So, seandainya blog saya ini banyak kekurangan dan kelemahan, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana saya masih baru dalam bidang ini. "Saya budak baru belajar, kalau salah, harap tolong tunjukkan".