Diari Kehidupan

Coretan Bicara, Bingkisan Pengalaman

Sunday, January 17, 2010

Hikayat Sang Pujangga

Agak lama saya menyepikan diri daripada dunia berblogging ni. Dengan kesibukan sebagai wanita berkerjaya, seorang isteri dan seorang ibu memustahilkan diri ini untuk menitip coretan di dalam diari ini. Cuma setelah pulang dari kampung halaman telah menyedarkan sesuatu perlu dilakukan sementelahan menerima perkhabaran yang melegakan diri yang mungkin dapat dikongsi bersama.
Minggu lalu adalah minggu yang mencabar bagi permulaan tahun 2010. Sudahlah punch card asyik merah je, dah 3 kali masuk hari ini, gara-gara jalan jammed. Dengan kesihatan diri yang dilanda demam dan batuk sehingga anakku, Auni Nurdamiya dan suamiku turut terkena penangan tersebut yang menyebabkan aku terpaksa mengambil cuti kecemasan. Memang rekod aku bulan ni amat teruk... dengan cuti sakit, cuti kecemasan, datang lewat.. pakej lengkap untuk menjadi pekerja contoh!!
Namun disebalik itu semua, ada jua sinar bahagia yang menerangi hidup aku... Tanggal 12 Januari 2010 adalah ulang tahun kedua perkahwinan aku dengan sang suami... Dalam keadaan kurang sihat sampai tak lalu makan... Hanya leh telan bubur dan sup sahaja.... Aku gagahi untuk membuat kek coklat kegemaran sang suami dan Auni. Itupun dibuat 3 hari sebelum our anniversary... Sambutan hanya dibuat secara kecil2an dengan membeli Pizza Domino dan kek yang telah aku sediakan. Walaupun kecil dan sederhana, ianya cukup membahagiakan aku... Tiada kerdipan candle light kerna terlupa nak beli lilin dan lighter... hehehehe... Mungkin aku bukan jenis wanita yang romantik. Dapat pulak suami yang juga kurang romantik.. Maka, sambutan tersebut amatlah sederhana, simple tapi bagi aku meriah membahagiakan. Alhamdulillah, apa yang penting, kami suami isteri bahagia dengan keadaan yang serba sederhana sekarang ini dan aku doakan agar kebahagiaan rumah tanggaku ni akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Aminnn...
Perkenalan aku dengan suami dipertemukan oleh satu sistem jaringan kenalan yang agak famous satu ketika dulu iaitu Friendster. Sapaan awal adalah bermula daripada sang suami melalui message yang menyatakan hasrat untuk berkenalan. Ku sahut lantaran melihat profilenya yang bekerja di TMNET. Dalam hati aku, "leh dapat kabel ni untuk apply keje".. Niat jahat sebenarnya... huhuhu.. Ini kerana pada waktu itu, aku sedang rancak mencari pekerjaan setelah tamat pengajian di UPM. Kuberikan resume lengkapku utk permohonan kerja di TMNET. Agak lama jua, kami berbicara melalui FS dan YM sehinggalah pada satu hari, sang suami memberanikan diri menelefon aku. Bermulalah episod kedua hubungan tanpa bersua muka.. Melalui perkenalan di dalam talian telefon, aku dapat gambarkan bahawa sang suamiku seorang yang jujur dan boleh dipercayai. Dari telefon, kami memanjangkan lagi silaturahhim dengan perjumpaan bersua muka. Tupun selepas 3 bulan kot, ingat2 lupe sebenarnya...
Perjumpaan pertama berlangsung seawal jam 8 pagi... Sang suami menjemputku di rumah sewa sahabatku di Setiawangsa sebab waktu tu aku ade interview kerja di KL. Sebelum bersua muka, perasaanku sangat gementar dan gemuruh... Aku tak tahu mengapa aku berkelakuan begitu. Selepas bersarapan, sang suami mengusulkan pergi ke rumah abangnya di Ampang untuk menjemput anak saudaranya bagi menemani aku. Bermacam-macam telahan yang kuduga dengan cadangannya, adakah benar dia ikhlas mencari peneman bagi aku; mengikut cara islamik yang seorang gadis tidak elok berdua2an dengan lelaki yang bukan muhrimnya  atau disebaliknya. Kukhabarkan berita kepada sahabatku untuk ke rumah abang sang suami. Respon yang diterima amat menakutkan aku, kerana sahabatku marah dan suruh aku balik ke rumah dengan segera. Aku sedar bahawa beliau berasa khuatir dengan keselamatan aku. Namun, ku katakan aku akan pergi jua untuk melihat tindakan sang suami dan aku akan menelefon sahabatku setelah tiba di Ampang. Benar bagai disangka, bahawa memang dia mempelawa dua orang anak saudaranya, seorang gadis berumur 15 tahun dan seorang kanak2 lelaki berumur 8 tahun (pada ketika itu) untuk menemankan aku. Kami kemudian menuju ke Ampang Point untuk bermain bowling. Di sini, aku telah memberi kredit penuh untuk sang suami kerna tindakannya membawa 2 orang peneman untuk aku. Aku tak tahu tindakannya sememangnya berlandaskan agama ataupun dia juga sebenarnya gementar dan gemuruh sebagaimana aku setelah pertama kali bersua muka.


Kenangan Semasa PreHoneymoon di Cameron Highlands

Namun satu perkara yang menyebabkan aku terpikat kepada beliau ialah keprihatinan dan ketaatannya kepada Allah s.w.t. Aku yang dahagakan seorang lelaki yang beriman berasa terharu apabila sang suami mengajak aku untuk solat Zohor di rumah abangnya. Selain itu, dalam perjalanan menghantarku pulang ke Setiawangsa, sang suami telah mengajak Solat Asar di stesen pam petrol.. Sesungguhnya di saat itu, aku berasakan bahawa telah menjumpai seorang lelaki yang boleh dijadikan seorang suami. Ini kerana aku sedar bahawa aku sendiri bukan seorang muslimah yang sejati. Aku perlukan seorang pembimbing dan pemimpin yang dapat membawa aku ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Setelah melakukan Solat Isthikarah dalam seminggu, aku telah menemui jawapan. Walaupun jawapannya bukan di dalam mimpi, namun dengan pelbagai kejadian yang menimpa dan rasa hati yang semakin kuat kepada sang suami, maka aku telah nekad membuat keputusan yang membuatkan satu pihak merana dan mungkin menaruh dendam pada aku... 
Nak tahu, ikuti kisah selanjutnya di masa akan datang....