Diari Kehidupan

Coretan Bicara, Bingkisan Pengalaman

Monday, December 6, 2010

Andai itu takdirnya....

Jeng..jeng... tajuk entry pun dah ala-ala tajuk novel.... Pe cite ni? ;p
Actually, mood muhasabah dah datang.... Hehehehe... Sejenak terimbau segala pahit manis kehidupan yang telah berlalu.. Dari zaman tadika yang mengada-ngada sebab pantang kena usik sehingga digelar La Kobok, sebut betui2 ngan loghat negeri Perak ye sehingga dah ade anak sendiri pun.. Anak pun dah ikut ngada2 cam umminya dulu. 

Me: Auni ni dah ngada2 toi.. Pening nak handle... Kalu orang sibuk mengemas barang masuk dalam kete, dia pun mula la.... Asyik suruh dukung je. Penat abahnya... Kalu letak karang, nangis lak...
Mak: Hah! Camtu la ko dulu....
Me: Udah terkena aku.. hehehehe.. Like Daughter Like Mother ler pulok.....

Roda telah berputar... Dulu kita yang menyusahkan mak abah kite, sekarang kite pulak rase kesusahan yang sama dalam mendidik dan membesarkan anak sendiri..

Kekadang akal yang dikurniakan oleh Allah SWT tak mampu kite gunakan sebaiknya untuk mencari jawapan bagi setiap kejadian yang telah ditentukan kepada kita.. Hanya diketahui selepas sesuatu itu berlaku.. Itupun kalu kite berusaha untuk mencari dan menyelaminya..

Ujian dan dugaan yang diberikanNya dalam pelbagai bentuk, Kejayaan, kegagalan, kemiskinan, kekayaan, kecantikan, kebijaksanaan, kesihatan, kesenangan dan bermacam-macam.

Bila kita berasa senang, kita terlupa kepada kesusahan yang pernah kita alami. Apabila kita berjaya, kita pinggirkan kegagalan lampau..

Apabila kita bersedih, kita alpa dan menyalahkan takdir yang telah ditentukan kepada kita. Kekadang apabila terlalu sedih, maka syaitan pun mudah menghasut anak cucu Nabi Adam supaya menyalahkan penciptaNya.

Sedangkan akal yang dikurniakan seharusnya diselami dengan sebaik-baiknya supaya kita terhindar dari hasutan syaitan laknatullah...

Segala yang terjadi, pasti ada tujuannya. Allah tidak akan menguji hambaNya secara suka-suka.. Ujian dan dugaan yang datang akan menjadikan kita lebih kuat dan matang dalam pemikiran dan tindakan yang akan diambil di masa hadapan.

Dengarlah rintihan hati kecilku... Dunia belum berakhir.... Akhirat akan pasti menjelma....


Meminjam ulasan daripada emel yang dibaca sebentar tadi...

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan teru berbaik sangka kepada Allah.. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujuan ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah Yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmuNya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya Allah, tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dariMu!"