Diari Kehidupan

Coretan Bicara, Bingkisan Pengalaman

Wednesday, July 14, 2010

Gulai Tempoyak Ikan


Bahan-bahan:

2 ekor ikan (sedap gune ikan keli/patin)
3 sudu besar tempoyak mentah
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
1 ulas bawang merah
1 batang serai
Garam
Gula
Air
Serbuk kunyit

Cara-cara:

1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang merah dengan menggunakan batu lesung.
2. Dah lumat, tumbuk pula sebatang serai. Tumbuk jangan sampai lumat.
3. Masukkan tempoyak di dalam batu lesung tersebut. Masukkan air dan kacau supaya tempoyak tidak     berketul-ketul.
3. Masukkan campuran tersebut ke dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit. Sekiranya nak kuah tempoyak tu pekat, tambah tempoyak lagi atau kurangkan air. Masakkan sehingga mendidih.
4. Masukkan garam dan gula. Biar lebihkan gula sebab tempoyak yang masam tadi, bile disatukan dengan gula akan jadi lebih ummppphhh..
5. Masukkan ikan. Renihkan sehingga ikan masak.
6. Dah selesai. Selamat menjamu selera..

Tuesday, July 13, 2010

Mee Goreng Ala Ummi

Gambar di atas adalah Mee Goreng Sanggul... Same je resepi yer..



Bahan-Bahan:
Sebungkus mee (basuh dulu ngan air paip dan toskan)
3 sudu besar Cili giling (kalu nk pedas, tambah lagi ye)
2 ulas bawang merah (hiris nipis2)
1 ulas bawang putih (hiris nipis2)
Sayur sawi (potong2kan, asingkan antara daun dengan batang)
Udang
Ayam (potong kecik2)
1 biji telur
Taugeh
Sos Cili
Kicap Manis
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Fish Cake (telah digoreng)
Fish Ball (telah digoreng)

Cara-cara:
1. Masukkan minyak dalam kuali. Biarkan kuali panas sekejap. Cara nak tau kuali dah ready ialah dengan cara percikkan sedikit air dalam kuali tu. Kalau ade bunyi, ziiisss tu, maknanya dah minyak dah ready le...
2. Masukkan ayam. Goreng sehingga masak kekuningan. Ketepikan.
3. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali tadi.. Tumiskan sehingga kekuningan dan naik bau. 
4. Kemudian masukkan udang. Biarkan seketika. Masukkan cili giling. Tumiskan sehingga cili tu nampak garing or naik minyak. Masukkan ayam. Kacau.
5. Masukkan gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.
6. Masukkan batang sawi. Masak sehingga batang sawi tu lembut. Masukkan telur. Kacau.

7. Masukkan mee. Gaulkan serata. Masukkan air.. Saya suka buat mee goreng basah. Jadi, memang lebihkan air.. Gaul lagi..
8. Masukkan sayur sawi, taugeh, fish cake, fish ball. Gaul rata.
9. Bubuhkan sos cili dan kicap. Kuantitinya tak reti nk beritau sbb saya main bubuh je.. Ikut citarasa...
10. Kacau sekejap. Dah siap.. Leh angkat dan selamat menjamu selera..

Thursday, July 8, 2010

Sambungan: Shopping Raya....

Sogo Sales!!!!!! Kali ini sales khas untuk baju kanak-kanak dan bayi sehingga 11 Julai 2010... Kakiku melangkah laju menuju ke Sogo tengahari tadi dengan hasrat mencari baju gaun raya untuk Auni Nurdamiya.. Alhamdulillah tidaklah ramai sangat orang di centre court tu.. Senang dan mudah bagi aku untuk membuat pilihan.. Jualannya amat mengkagumkan sehingga 70% diskaun. Kalu pergi hari Jumaat, sure ramai orang.. Almaklumlah rehatnya lebih panjang... So, inilah hasil tangkapan tengahari tadi...




Gaun ni harga asal, RM 57.90.
Selepas diskaun, RM28.95 (Brand Kiko)

Gaun Luar-Harga Asal, RM49.90
Selepas diskaun, RM 24.95
T-Shirt Hitam - Harga Asal, 33.90
Selepas Diskaun, RM16.95.. (Brand Kiko)

Berasa sangat untung dapat mencari baju yang berkualiti dengan harga yang murah!!