Diari Kehidupan

Coretan Bicara, Bingkisan Pengalaman

Wednesday, July 14, 2010

Gulai Tempoyak Ikan


Bahan-bahan:

2 ekor ikan (sedap gune ikan keli/patin)
3 sudu besar tempoyak mentah
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
1 ulas bawang merah
1 batang serai
Garam
Gula
Air
Serbuk kunyit

Cara-cara:

1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang merah dengan menggunakan batu lesung.
2. Dah lumat, tumbuk pula sebatang serai. Tumbuk jangan sampai lumat.
3. Masukkan tempoyak di dalam batu lesung tersebut. Masukkan air dan kacau supaya tempoyak tidak     berketul-ketul.
3. Masukkan campuran tersebut ke dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit. Sekiranya nak kuah tempoyak tu pekat, tambah tempoyak lagi atau kurangkan air. Masakkan sehingga mendidih.
4. Masukkan garam dan gula. Biar lebihkan gula sebab tempoyak yang masam tadi, bile disatukan dengan gula akan jadi lebih ummppphhh..
5. Masukkan ikan. Renihkan sehingga ikan masak.
6. Dah selesai. Selamat menjamu selera..

No comments:

Post a Comment