Diari Kehidupan

Coretan Bicara, Bingkisan Pengalaman

Monday, August 2, 2010

Epidod Duka...

Agak lama tak update blog.. Lebih kurang dalam 2 minggu. Semuanya gara-gara terjadinya peristiwa yang sememangnya tak ingin ianya terjadi. Auni jatuh sakit!! Ya! Kali ni agak teruk dan menjadikan kami berdua suami isteri panik dan kelam kabut. Alkisah bermulanya peristiwa tersebut setelah kembalinya kami dari bermandi manda di Teluk Kemang pada 17 Julai 2010. Pemergian kami ke sana pun sudah lewat petang, dalam pukul 6 petang sampai. Kutukarkan baju auni kepada baju mandinya. Terus kubawanya ke pantai utk bermandi manda. Niat asal membawa auni untuk mandi di pantai kerana auni ada masalah gatal2 di kaki. Kononnya nk  kena air garam la di kakinya itu. Setelah habis mandi manda, tak lama pun berendam, dalam 20 minit je, kami keluar dari air. Sementara menunggu tuala sbb tertinggal dalam kereta, auni kulihat telah terketar2 sangat kesejukan. Kupeluk tubuhnya supaya kehangatan badanku dapat menyelimuti dan memanaskan tubuh kecilnya itu. Kami bertolak pulang ke Seremban ketika azan Maghrib berkumandang. Auni kulihat semakin lesu dan kurang bermaya. Badannya telah berasa semakin panas. Auni demam! Suamiku mengusulkan terus ke klinik, namun aku bantah. Aku lebih mahu balik ke rumah terlebih dahulu sbb badan ku masih berasa pasir kerana tak sempat nk mandi, ramai sangat orang dalam tandas tadi. Sesampai di rumah, kuusulkan kepada suami untuk pergi ke klinik sekadar untuk mengambil ubat sahaja. Ini kerana berdasarkan pengalaman yang ada, auni hanya akan demam sekejap setelah diberi ubat. Kuperiksa suhu badan auni dengan termometer yang kubeli sebelum auni dilahirkan lagi. 40'C. Tinggi tu! Teringat petua2 orang lama, air asam jawa mampu menurunkan suhu badan yang panas, maka itulah jua yang kubuat dalam usaha menurunkan suhu badan auni. Ku tekap kain yang telah dibasahkan dengan air asam jawa ke kepala auni. Memang auni nampak sungguh tidak bermaya, asyik tido sahaja pada malam tersebut.  
Pagi ahad, 18 Julai 2010, dalam pukul 8 pagi, auni telah bangun dari tidur. Dia meminta air kosong, lalu kuberikan botol air kepadanya. Dia ketika itu, telah beralih tidur dari katilnya ke katil kami. Tetiba dengan tidak disangka-sangka, auni tersedak dan tercungap-cungap. Kaki dan tangannya terkapai-kapai seperti ditarik-tarik. Matanya terbeliak memandang ke atas. Sawan!! Tu yang terlintas di dalam otakku. Aku sangat panik! Suamiku terjaga dari tidur mendengar suaraku yang ketakutan. Kami berdua panik! Benar ketika itu, kami tak tahu nak buat apa. Auni masih berkeadaan tangan dan kakinya ditarik-tarik dengan bunyi umpama tercekik. Lantas, suamiku mendukungnya dan membawanya turun ke bawah. Suamiku beritahu bahawa badan auni sangat panas. Dibawanya ke singki dapur. Kualirkan air ke kepala auni, namun masih berkeadaan sama. Ketika itu aku telah menangis kerana tak tau nak buat apa. Suamiku menjerit supaya aku telefon kawan aku yang seorang doktor iaitu Wani. Kudial nombornya tapi tidak berjawab. Aku semakin panik. Tetiba dalam keadaan gawat itu, suamiku menjerit agar aku menelefon adiknya seorang doktor di Hospital Seremban. Aku takut nk bercakap, lantas kuserahkan telefon kepada suamiku. Suamiku beritahu keadaan auni yang seperi tercekik. Adik memberikan arahan supaya auni dibaringkan meniarap dan perlu menepuk di belakang auni. Suamiku melakukan seperti yang diarahkan. Tidak lama itu, terkeluar cecair dari mulut auni. Alhamdulillah, auni boleh bernafas seperti biasa tanpa bunyi seperti tercekik... Namun, auni kulihat sangat tidak bermaya dan menjadi sangat lembik. Dia tidak boleh menegakkan tengkuknya sendiri. Auni kembali menangis seperti biasa, namun matanya masih memandang ke arah atas. Cepat2 aku dan suami bersiap untuk ke hospital. Suamiku mahu ke KPJ Seremban, sedangkan aku mahu ke Hospital Tuanku Jaafar kerana adik ada di sana. Akhirnya kami ke Hospital Tuanku Jaafar. Di dalam kereta auni merengek2 dan sangat lemah. Aku cuba pujuk dengan melagukan zikir ke telinganya. Panik ku beransur pergi namun kekhuatiran masih tetap ada kerana inilah pertama kalinya auni berkenaan sedemikian semenjak kulahirkannya pada 25 Oktober 2008. 
Tiba di wad kecemasan, terus ke kaunter. Nurse terus arahkan aku ke satu bilik, wad merah rasanya. Di situ terdapat beberapa orang doktor, aku tak pasti samada doktor pelatih atau doktor. Kukhabarkan ape yang terjadi pada auni. Kuletakkan auni di atas katil. Doktor arahkan baju dan seluar auni perlu dibuka. Kemudian, doktor tersebut mula merawat auni. Beliau mengambil suhu badan auni. Auni semakin kuat menangis. Kupanggil namanya supaya dia berasa tenteram dan tidak takut kerana aku menemaninya. Doktor-doktor tersebut masih menyoal aku mengenai apa yang terjadi. Auni masih menangis. Matanya masih memandang ke atas. Setelah suhu badan auni diambil, bacaan menunjukkan badannya masih panas dan tinggi. Lantas kesemua doktor yang ada maybe termasuk pembantu perubatan, auni untuk menurunkan suhu badannya. Keseluruhan badan auni dilap dengan tuala basah. Auni semakin kuat menangis. Doktor memaklumkan kepada aku kemungkinan simptom yang ditunjukkan oleh auni merujuk kepada penyakit Meningitis iaitu jangkitan kuman dalam otak, kerana auni masih menangis walaupun kupujuk berulang kali. Auni kulihat seperti tidak mengenali diriku. Dengan keadaan yang sangat sebak, kudukung dan kualunkan zikir dan bacaaan ayat qursi untuk menenangkannya. Kemudian, para doktor tersebut cuba memasukkan air di dalam badan auni. Untuk itu, mereka perlu mencucuk urat auni untuk membuat laluan tiub. Ketika proses tersebut, mereka mengarahkan aku supaya tidak melihatnya. Sesudah proses tersebut, sebenarnya tidak berjaya pun, kulihat tangan auni kiri dan kanan telah berplaster. Begitu jua dengan kaki kirinya. Aduh!! Keciannya anak ummi.....Aku mahu marah doktor tersebut namun hanya tertinggal dalam hatiku kerana kutahu agak sukar doktor yang kurang berpengalaman mencari urat seorang budak yang masih kecil. Auni kulihat masih menangis. Doktor di wad kecemasan tersebut memberitahu auni perlu dimasukkan ke dalam wad. Kuuruskan prosedur kemasukan ke wad sambil suamiku menjaga auni. Air mata yang jatuh bercucuran ke pipiku kubiarkan sahaja. Orang ramai yang ada di unit kemasukan wad kubiarkan sahaja merenungku kehairanan. Di dalam hatiku sarat dengan doa supaya auni kembali sihat dan cergas seperti sebelumnya. Dalam pukul 10 pagi, kami masuk ke wad prediatrik. Auni ditempatkan di katil 9 wad 6C. Auni masih di dalam dukunganku kerana masih menangis. Tidak lama kemudian, datang seorang jururawat dan seorang doktor, kurasa doktor pelatih. Doktor tersebut cuba memeriksa auni. Dia terkejut kerana tangan auni sangat mengeras, tidak boleh dibengkokkan. Aku pun dapat merasa bahawa badan auni seperti mengeras. Lantas beliau memanggil seorang doktor, kurasa senior doktor. Dia arahkan auni diletakkan di katil supaya mudah dia memeriksanya. Auni terkena sawan sekali lagi. Dalam masa 2 jam selepas kejadian pertama, ianya berlaku lagi pada anakku. Mengapa terjadi? Tu yang menjadi persoalanku...Cepat-cepat nurse dan doktor tersebut memasukkan sejenis ubat ke dalam dubur auni dan membuat tiub air di kaki kanan auni. Dalam masa 30 saat, badan auni kembali lembut dan matanya kembali kedudukan normal. Alhamdullillah.... Syukur kerana tindakan pantas nurse dan doktor tadi telah mengembalikan anakku...

Bersambung...

4 comments:

  1. akak.. buat tag yang kite da tag kat akak yekk..hihi tag nie untuk suke2 biasenye untuk budak2 blog jekkk..:)

    ReplyDelete
  2. ya ALLAH kak.. kite teringat kat danishh.. rindunye kat danishhh.. sian kat auni.. harap2 sumenye okehh..

    ReplyDelete
  3. i think as a mom.. u jgn nak pikirkan diri sendiri.. if dah tau anak sakit.. terus ke klinik or nearest hospital la.. ni pikir diri sendiri plak.. x kan nak berdandan cantik baru bole gi hospital ? plus oranng2 tua ade ckp.. jgn keluar time maghrib.. especially ade budak kecik..

    ReplyDelete
  4. bapamithali: thanks for ur comment. it's a lesson n learn.. tp for ur info, nilah 1st time kami tak bwk auni ke klinik coz selalunya die tak demam lama... lagipun ketika kejadian pun, saya dah bagi ubat n lap2kan kepala dia.. cume, Allah dah tentukan kejadian begitu terjadi pada kami. tiada istilah berdandan cantik pun dlm kejadian tersebut.. after wat tindakan pantas pada auni, kami terus ke hospital.. awak salah faham dengan cite bersiap2 tu ke? Actually bersiap tu means, pakai tudung/sarung je tudung tu kat kepala, tuko baju yang lebih sopan (rase ye tak perlu saya elebrate lbh) amik wallet, mykid anak dan benda2 penting la utk ke hospital... Kena fikir rasional dan menjaga maruah diri gk walaupun dlm keadaan kecemasan. tapi semuanya dilakukan dalam keadaan pantas... tiada la nk berrenggek n bersolek (sure awk tak kenal sayakan, sbb bg yg kenal sy tahu saya bukan jenis bersolek n berdandan). Pendapat kuar maghrib tu saya terima.. anyway tqvm for ur comment... i really appreacite it!

    ReplyDelete