Diari Kehidupan

Coretan Bicara, Bingkisan Pengalaman

Sunday, August 8, 2010

Episod Duka Siri Kedua

Alhamdulillah kesan daripada ubat yang diberi, auni ye demam semakin kebah. Bangun dari tidur dalam pukul 2 ptg, auni dah mintak susu dan air. Lega rasanya... Cuma kuperhati, auni agak pasif dan lebih banyak termenung panjang. Macam tengah fikir masalah negara! Dipanggil beberapa kali, baru dia merenung muka kita. Adoi hai anak ummi... Masih letih rasanya. Aku dimaklumkan bagi kanak-kanak yang baru diserang sawan, akan berasa letih dan tidak bermaya. Mungkin itu yang dialami oleh auni. Nak beritahu, belum pandai bercakapkan... Bila melihat aku makan nasi dan bubur, makanan yang disediakan oleh hospital tengahari tu, auni mintak aku suapkan..Bubur yang dijamah sedikit, aku tawarkan pula roti coklat. Menganga mulutnya menyambut huluran roti coklat tersebut.  Bahagia rasanya bila tengok dia ada selera untuk makan. Walaupun sedikit, namun aku puas hati melihat perkembangan kesihatannya beransur pulih. Cuma auni agak berasa tidak selesa dengan tiub air yang disambung melalui kaki kanannya itu. Kukhabarkan kepada nurse bahawa auni dah boleh makan dan minum sendiri, maka beliau pun mencabutkan tiub air tersebut.

Tiub air yang berjaya dilakukan oleh doktor berpengalaman.

Malam pertama bermalam di hospital, badan auni kembali panas. Suhu diambil, mencecah 38'C.. Hatiku gusar kembali. Baju dan seluar yang kupakai tadi, kutanggalkan kembali. Berharap agar suhu persekitaran mampu menurunkan suhu badan auni kembali ke suhu normal. Ku ambil besen yang ada dalam pantry hospital untuk mengelap badan auni. Ketika mengelap badan auni dengan tuala yang kubasahkan, auni sangat tak selesa... Acapkali kudengar auni berkata, eeeeeeee.... umpama tak suka air yang sejuk dikenakan pada kepala dan badannya. Kekadang kudengar auni macam berkata tak mau la ummi.... Hahaha.. gelihati aku dibuatnya dengan telatah auni.. Ibu pesakit sebelah katil auni pun turut tertawa mendengar dan melihat telatah auni... Alhamdulillah.. auni kembali kepada keadaan asalnya...


Auni separuh naked supaya demamnya beransur baik dan pulih.

Namun satu perkara yang membuat aku tak selesa berada di hospital kerajaan kerana budaya melayan doktor pelatih yang seringkali bertanyakan soalan yang sama..
Soalan standard: 1. Boleh puan ceritakan apa yang berlaku?
                          2. Apa yang puan lakukan?
                          3. Boleh puan ceritakan sejarah kelahiran auni?
                          4. Di dalam keluarga puan atau suami ada sejarah sawan?
 Dan satu soalan yang aku kira doktor pelatih ni tak pandai nak guna Critical Thinking or Comom Sense ialah:
Boleh puan beritahu sela masa antara serangan pertama dengan kedua? Sedangkan sewaktu kuceritakan kronologi kejadian, aku dengan jelas menyatakan serangan pertama berlaku dalam pukul 8.00 pagi dan serangan kedua, ketika itu berada di dalam wad, pada pukul 10 pagi. Iskkk... tak kan. tak reti nak kira beza masa? Tu kan 2 jam.... Bila dah jadi camni, sbb asyik melayan doktor pelatih je, sedangkan mereka patut utamakan kesihatan auni, aku jadi bosan. Sudahlah aku rasa tak patut kerana auni kena serangan sawan kali kedua sewaktu di dalam wad. Aku pun pelik sebab dari masuk unit kecemasan hinggalah dah masuk wad, mata auni masih ke atas.. Nasib baik ada nurse yang tanya soalan cepumas kat aku, apa yang mereka buat waktu kat unit kecemasan. Aku beritahu, mereka hanya lap badan auni dengan air ais. Tetiba nurse tu terkejut dan mempersoalkan kenapa mereka tak masukkan ubat kat buntut auni. Aku tak tau, sbb waktu tu aku keluar dari unit kecemasan untuk uruskan kemasukan wad. Bila ku ketahui kelalaian doktor pelatih walhal kami berdua tiba di hospital dalam masa 5 minit je, aku beritahu pada suamiku, kita mintak discharge pagi ni jugak untuk dirujuk ke KPJ Specialist Seremban. 2 jam anak aku berkeadaan sedemikian. Kupertaruhkan kesihatan anak aku di tangan mereka yang kupercaya! Dalam pukul 10.30 pagi, pakar kanak-kanak datang memeriksa wad 6C. Di belakangnya terdapat dalam 10 orang doktor pelatih. Ke mana doktor pakar itu pergi, begitulah juga dengan kumpulan doktor pelatih. TIba giliran katil auni, aku berterus terang untuk keluar hari juga untuk dirujuk ke KPJ. Doktor pakar itu terpaksa bersetuju (firasat aku) kerana kehendak kami berdua dan berkata akan keluarkan satu surat rujuk ke KPJ kerana tidak selesa. Biarlah.. Memang aku dan suamiku serta auni tidak selesa. Bukan kerana keadaan wad yang sesak tapi kerana perhatian dan penjagaan yang kurang rapi diberikan kepada auni. Itu yang menjadi keutamaan aku.
Pukul 11.00 pagi, kami telah keluar dari wad 6C dan pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment